"Smart Active Team"

We believe each human have their own potential and uniqueness become somebody they want.

With this believe we working together to empower, inspire and motivate you to create the life of your dreams.

Friday 27 January 2012

Kursus Latihan Asas Fasilitator (LAF)


Program Latihan Pembangunan Fasilitator merupakan salah satu peringkat pembangunan latihan yang bakal mengetengahkan bakat dan kecemerlangan golongan remaja dalam bidang fasilitator ini.

TARIKH: 23 - 25 MARCH 2012
TEMPAT: DUSUN ECO RESORT, BENTONG PAHANG

PROGRAM INI TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA MALAYSIA, MAHASISWA/MAHASISWI SERTA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI PROGRAM INI.



BAYARAN:
RM350 / SEORANG



RM 320.00/ seorang 
bagi penyertaan berkumpulan (min 3 orang)





PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG!!!
SESIAPA YANG BERMINAT, BOLEH MENGHUBUNGI:
ANUAR : 013-7408821
ROSLAN : 012-7655334

Sunday 8 January 2012

PROGRAM LATIHAN ASAS FASILITATOR

Fasilitator memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan sesuatu program. Kejayaan sesuatu program bergantung kepada impak yang dibawa oleh fasilitator itu sendiri. Namun, hentaman perubahan psikologi masyarakat hari ini menjadi satu cabaran yang besar bagi seseorang fasilitator untuk memahami dan membimbing peserta program ke arah perubahan yang dinamik. Rentetan itu, kepakaran, pengetahuan dan kemahiran fasilitator dari pelbagai latarbelakang untuk mengandalikan kumpulan dalam sesuatu program latihan amat penting kepada kejayaan program tersebut.

Program Latihan Asas Fasilitator merupakan salah satu peringkat pembangunan latihan yang bakal mengetengahkan bakat dan kecemerlangan golongan remaja dalam bidang fasilitator ini. Kemahiran insaniah sangat penting diterapkan dalam membina interpersonal dan intrapersonal individu dalam membimbing mereka menjadi fasilitator yang baik. Program ini menekankan kepentingan di dalam peranan, pengetahuan dan pendekatan sebagai fasilitator.

TEMPAT:
DUSUN ECO RESORT, PAHANG

TARIKH:
3-5 FEBRUARI 2012

BAYARAN:
RM350 / SEORANG

KEPADA YANG BERMINAT, BOLEHLAH MENDAPATKAN KETERANGAN LANJUT ATAU MEMBERIKAN MAKLUM BALAS KEPADA:

ANUAR: 013-7408821

KELEBIHAN:
ANDA MUNGKIN DITAWARKAN MENJADI FASILITATOR SAMBILAN DIBAWAH SYARIKAT KAMI

BERIKAN NAMA DAN MAKLUMAT ANDA SEBELUM 20 JANUARI 2012.

TEMPAT ADALAH TERHAD!!!


Saturday 7 January 2012

KURSUS KEPIMPINAN 2012

Manusia dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin. Sedar atau tidak sedar, setiap manusia menjalankan tugas sebagai pemimpin. Namun tidak semua antara kita dapat menguruskan bakat dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan unggul. Setiap pengurusan manusia memerlukan perlaksanaan bakat kepimpinan dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tangungjawab dengan cemerlang.


Seminar kepimpinan ini direkabentuk dan disusun untuk menyediakan dan menjalankan medium pembinaan dan pembangunan bakat kepimpinan peserta yang cemerlang di dunia dan akhirat. Melalui program ini, para peserta akan didedahkan dengan pembentukan karisma kepimpinan disamping menjana jiwa peserta supaya membangkitkan bakat kepimpinan dalam diri mereka di bawah pemikiran sedar dan rasional. Insya Allah dengan program ini mampu meningkatkan keyakinan dan prestasi peserta untuk membangunkan elemen kepimpinan yang hebat dalam kehidupan mereka.

SASARAN:
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

TARIKH:
28 & 29 JANUARI 2012

TEMPAT:
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

BAYARAN:
RM75 / SEORANG

KEPADA YANG BERMINAT, BOLEHLAH MEMBERIKAN NAMA MELALUI PIHAK SEKOLAH ATAU INDIVIDU SEBELUM 18 JANUARI 2012. UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
ANUAR: 013-7408821

TEMPAT ADALAH TERHAD!!!