"Smart Active Team"

We believe each human have their own potential and uniqueness become somebody they want.

With this believe we working together to empower, inspire and motivate you to create the life of your dreams.

Sunday 8 January 2012

PROGRAM LATIHAN ASAS FASILITATOR

Fasilitator memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan sesuatu program. Kejayaan sesuatu program bergantung kepada impak yang dibawa oleh fasilitator itu sendiri. Namun, hentaman perubahan psikologi masyarakat hari ini menjadi satu cabaran yang besar bagi seseorang fasilitator untuk memahami dan membimbing peserta program ke arah perubahan yang dinamik. Rentetan itu, kepakaran, pengetahuan dan kemahiran fasilitator dari pelbagai latarbelakang untuk mengandalikan kumpulan dalam sesuatu program latihan amat penting kepada kejayaan program tersebut.

Program Latihan Asas Fasilitator merupakan salah satu peringkat pembangunan latihan yang bakal mengetengahkan bakat dan kecemerlangan golongan remaja dalam bidang fasilitator ini. Kemahiran insaniah sangat penting diterapkan dalam membina interpersonal dan intrapersonal individu dalam membimbing mereka menjadi fasilitator yang baik. Program ini menekankan kepentingan di dalam peranan, pengetahuan dan pendekatan sebagai fasilitator.

TEMPAT:
DUSUN ECO RESORT, PAHANG

TARIKH:
3-5 FEBRUARI 2012

BAYARAN:
RM350 / SEORANG

KEPADA YANG BERMINAT, BOLEHLAH MENDAPATKAN KETERANGAN LANJUT ATAU MEMBERIKAN MAKLUM BALAS KEPADA:

ANUAR: 013-7408821

KELEBIHAN:
ANDA MUNGKIN DITAWARKAN MENJADI FASILITATOR SAMBILAN DIBAWAH SYARIKAT KAMI

BERIKAN NAMA DAN MAKLUMAT ANDA SEBELUM 20 JANUARI 2012.

TEMPAT ADALAH TERHAD!!!


No comments:

Post a Comment